Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Melahirkan Ditepi Jalan, Wanita Gangguan Jiwa Jaga Anaknya Dengan Penuh Cinta Dan Kasih Sayang


Selain kehamilan luar nikah, hidup dalam kemiskinan juga mendorong kes pembuangan bayi. Walaupun dikurniakan akal oleh Allah SWT, namun mereka tidak mampu berfikir secara waras sebelum bertindak sedemikian.

Tindakan tersebut jauh berbeza dengan apa dilakukan wanita ini. Dia yang mempunyai masalah mental dan menjalani kehidupan sebagai gelandangan di Makati, Filipina selamat melahirkan anak perempuan di tepi jalan.



Bagaimanapun, wanita itu tidak membuang atau meninggalkan zuriatnya keseorangan sebaliknya menggendong bayi berkenaan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beberapa keping gambar wanita tersebut dimuat naik page Cong. Pidi Barzaga di laman Facebook sehingga tular setelah dikongsi dalam kalangan netizen Filipina.

Gambar di hospital pula kelihatan wanita itu setia menjaga anaknya dengan memakaikan sarung tangan dan tidur di sebelah bayi tersebut sebelum memberikan susu.



Walaupun tidak boleh berfikir dengan baik, namun ternyata dia masih mempunyai naluri kasih sayang sebagai ibu yang tetap ingin menjaga cahaya matanya.

sumber : kabaraljazeera.com

Posting Komentar untuk "Melahirkan Ditepi Jalan, Wanita Gangguan Jiwa Jaga Anaknya Dengan Penuh Cinta Dan Kasih Sayang"